Pakai barang kemas sebenarnya boleh beri aura luar biasa kepada pemakainya.
Lihat sahaja kilauan emas, corak yang memukau dan kemasan ukiranya, memang boleh jadi tidak ingat dunia kerana terlalu asyik dengan keindahannya!
Jika anda sedang stress atau serabut, memang boleh hilang semua masalah sekelip mata. Itulah kehebatan emas!
Namun, emas juga ada pelbagai jenis dan kualiti. Walaupun pada mata kasar anda semua emas kelihatan sama, namun anda perlu teliti semula ya.
Kenal Emas Asli
Ciri- ciri emas asli untuk kita kenal pasti antaranya warna yang lebih berkilat dan terang. Anda dapat lihat perbezaan warnanya jika nak dibandingkan dengan emas tiruan.
Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik, warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air.
Selain itu, ada juga orang yang uji emas tu dengan ‘magnet’. Emas tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetik. Jadi bila didekatkan pada magnet, jika dirasakan barang kemas tersebut seperti melekat pada magnet, maka ia adalah palsu.
Satu cara lagi ialah dengan menekan dengan jarum. Cuba cucuk dan tekankan sikit mata jarum pada barang kemas yang ingin diuji. Sekiranya jarum berkenaan tidak patah, maka barang kemas itu kemungkinan diperbuat daripada emas tulen kerana emas bersifat lembut.
Manakala, ini pula adalah perbezaan emas Korea dan emas Bangkok yang perlu anda tahu. Jangan salah faham lagi ok!












Emas Korea
Emas Korea antara ciri-cirinya adalah harga yang rendah dan mampu milik, semua orang mampu memilikinya! Harga sangat berpatutan, tetapi kelihatan cantik seperti emas asli!
Ketahanannya bergantung kepada jenis saduran. Emas Korea jika saduran 24k, lebih tahan daripada saduran 18k, kualiti sadurannya lebih tebal dan boleh dicuci di kedai emas, harga untuk cuci pun tidak mahal macam cuci emas original juga!
Emas korea nampak cantik dengan reka bentuk seperti kita memakai emas yang original, orang lain takkan perasan pun! Paling penting, jikalau hilang ke atau kene curi ke, tidak rugi pun. Orang yang curi tu yang rugi kerana tiada nilai!
Emas Bangkok
Emas Bangkok adalah emas saduran dari bangkok berkualiti tinggi dan di keluarkan dari Bangkok, thailand. Saduran emasnya hampir 99.9 sama seperti emas asli!
Emas Bangkok ni dia macam emas original juga. Boleh dicuci di kedai emas. Dan emas ni memang tahan lama dan berkualiti berbanding lain-lain saduran seperi emas korea dan sebagainya.
Ketahanan emas bergantung kepada ketebalan saduran. Emas Bangkok kini lebih berkualiti, lebih tumpat dan sukar dibezakan dengan emas asli 916.
Dijamin tidak luntur warnanya selama 3-4 tahun jikalau dijaga dengan baik ,insyaallah 10 tahun pun masih ok lagi warnanya. Bahan asas emas ini diperbuat dari aloi tembaga dan syiling emas. Proses penyaduran dilakukan melalui kaedah elektrolisis.






