Perdana Menteri hari ini membuat pengunguman kelonggaran merentas daerah bagi penerima lengkap 2 dos vaksin bagi negeri Fasa Dua dan seterusnya.

Yang Berhormat Perdana Menteri juga membenarkan suami isteri jarak jauh untuk untuk merentas daerah dan negeri, bagi bertemu pasangan masing-masing sekiranya telah lengkap dua dos vaksin.
Tambahan lagi, kelonggaran bagi aktiviti sektor sosial mula dibenarkan kepada individu lengkap vaksinasi yang berada di negeri Fasa Dua dan seterusnya, disamping boleh menunaikan solat di surau dan masjid. Bagi penganut beragama lain, mereka dibenarkan untuk sembahyang di rumah ibadah mereka.
Ini tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Beliau turut membenarkan dine-in di restoran-restoran negeri Fasa Dua, selain kegiatan bersukan dan beriadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan secara outdoor.

Buat ibu bapa yang terpisah dengan anak, mereka dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak bawah 18 tahun.
Perdana Menteri mengumumkan bahawa kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap ini bakal berkuatkuasa pada mulai 10 Ogos ini.
Berita baik juga buat penerima lengkap vaksinasi, anda berpeluang mendapatkan ‘Promo 2 Dos Vaksin: Beli 1 Percuma 2’ di Golden Jaguar jewellery! Klik disini untuk panduan mendapatkan promo ini .>>
- Pengguna Telefon Pintar : https://www.goldenjaguar.com.my/how-to-join-2-dose-buy-1-free-2-promotion-mobile-ver
- Pengguna PC : https://www.goldenjaguar.com.my/how-to-join-2-dose-buy-1-free-2-promotion-pc-ver




